Sebelum ini, kisah percintaan penyanyi lahu ‘Kisah Hati’ Alyah dan Datuk Ramli MS hangat diperkatakan. Hingga pernah timbul gosip bahawa mereka sebenarnya sudah berkahwin.
Malah, Alyah sendiri pernah mengakui dia turut tertekan dengan sikap Ramli MS yang terus berdiam diri, dan enggan menjawab spekulasi yang muncul tentang mereka.
Artikel Berkaitan : Di Mana Saya Nak Letak Maruah Saya Sebagai Seorang Wanita? – Alyah Tertekan Dengan Gosip Kahwin Ramli MS
Tiba-tiba, hari ini terkejut kami mendapat berita bahawa Alyah dan Ramli MS sebenarnya sudah berkahwin! Bila? Dimana? Dan mengapa mereka sorokkan perkahwinan ini, kami sendiri tak pasti.
Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu tau!
Menurut laporan Berita Harian, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara untuk menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.
Kalau korang nak tahu, ketika siasatan dijalankan, Alyah turut berada dilokasi tersebut tau! Pekerja yang bertugas untuk mengubahsuai banglo milik Ramli MS juga memberitahu Alyah kerap dilihat berada di banglo itu.
Rupa-rupanya, kami difahamkan, pasangan ini telah bernikah di Batam, Indonesia sejak setahun lebih lalu, tetapi masih belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Hmm, kami masih lagi terkeju dan terkesima dengan berita ini. Perkahwinankan satu perkara yang baik, mengapa mesti disorokkan?
Apapun, kami pasti Ramli dan Alyah mempunyai jawapan mereka tersendiri. Kita tunggu dan lihat sajalah apa komen mereka nanti ya?
Kredit Foto : Instagram Alyah