Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti memerlukan teman untuk berbicara. Tempat untuk meluahkan apa yang terbuku dihati ataupun terlintas diakal. Betul tak?
Begitulah juga apa yang dirasakan oleh pelakon dan penyanyi terkenal, Awie. Kalau korang nak tahu, Awie tak menolak untuk bertemu dengan wanita yang bakal menjadi permaisuri dalam hidupnya.
Emm, mesti korang terfikir kenapa Awie berfikir macam tu sedangkan kes mahkamah pun belum selesai kan? Sebenarnya, Awie belum ada pengganti, tetapi tak menolak kehadiran seseorang wanita dalam hidupnya.
Awie ditemui di Tayangan Perdana Dollah Superstar
Ternyata apa yang difikirkan kini hanyalah anak-anak yang sedang membesar. Mana taknya, bila kami tanya soal kahwin lagi kepada aktor ini, pantas dia menjawab, adakah wanita yang sanggup menerima lelaki anak lima sepertinya.
Perempuan gila mana nak kat saya. Dia boleh tak sayang anak saya dan saya? Mereka sedang membesar, adakah wanita itu sanggup bagi kasih sayang sepertimana diorang sayang saya, Bukan senang nak menjaga anak saya. Secara logiknya, mampukah mereka menjaganya?
Saya tak boleh tipu diri, tempat mengadu, berkasih sayang adalah dengan seorang wanita, jika tidak, jiwa saya akan kosong. Kemana nak halakan perasaan hati, mestilah ke wanita. Takkan saya nak pergi ke manager saya kan?
Dalam masa yang sama saya bagi peluang berfikir buat wanita itu, mencintai saya dan mencintai anak saya. Lagipun, saya pun belum membuka hati, bercerai pun belum lagi.
Kalau nak tahu, kami ada juga bertanyakan adakah anak-anak sudah bersedia bertemu dan tinggal bersama ibu mereka. Tanpa berselindung Awie menjawab anak-anaknya tidak mahu.
Bila keluar berita mereka menangis. Mereka taknak pergi pada dia. Saya tak beritahu apa-apa, saya taknak mereka tahu. Saya rasa terlalu awal untuk mereka fikirkan perkara ini, biar mereka fokus dengan sekolah mereka. Mereka terlalu kecil untuk memahami, mereka langsung tak tanya apa. Bila keluar di televisyen mereka takut.
Saya berdoa semoga Allah takkan memisahkan saya dan anak-anak, apa pun yang berlaku biar mereka ada didepan saya. Saya akan cuba sampai dapat. Saya minta pada tuhan jangan pisahkan saya dengan anak-anak saya, biar saya berpisah dengan bini.
Hmmm, nampaknya, Awie memang tak boleh hidup tanpa anak-anak didepan mata. Tak melampau kiranya kami katakan jika ada anugerah bapa mithali, pasti Awie yang akan dinobatkan sebagai pemenang.
Apapun, kami doakan perjalanan kes Awie akan lancar dan semoga mereka boleh menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Kredit Foto : Instagram awie