Walaupun sekolah agama tahfiz tidak sama jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan formal, namun, silibus pendidikan yang diterapkan adalah cenderung kepada mendisiplinkan diri dan mendekatkan diri dengan pencipta. Mereka turut terima kunjungan keluarga pada hujung minggu. Selain itu, mereka juga turut menerima kunjungan orang luar dalam menjalankan amal ibadah buat anak tahfiz.
Anak-anak tahfiz juga turut ini disedekahkan dengan pelbagai lauk makanan terutama pada musim kenduri. Tetapi apa yang tidak enak ialah kadang-kadang mereka menerima lauk makanan yang sudah pun basi dan berbuih. Ini luahan Mudir Tahfiz melalui Facebook, kejadiaan berlaku di salah sebuah pusat agama tahfiz yang dirahsiakan namanya.
Bukan nak sombong
Mudir tahfiz ini meluahkan rasa kecewa apabila sering menerima lebihan makanan kenduri dari luar. Malah, lebihan makanan yang diterima anak tahfiz ini hampir basi dan terpaksa dibuang. Pusat tahfiz berkenaan menerima lauk hampir jam 6 petang yang kelihatan hampir basi dan pukul 7 petang kelihatan lauk sudah pun berbuih dan basi.
Tidur berbau masam
Lebih malang lagi, anak tahfiz terpaksa menghirup bau masam dan busuk dari lauk lebihan yang diterima mereka semalam. Malah, anak-anak ini terpaksa membersih dan membuang sisa makanan berkenaan ke tong sampah. Inilah rutin mereka sepanjang musim kenduri yang terpaksa menerima lebihan makanan.
Bukan nak menolak tapi…
Mudir tahfiz ini tiada niat untuk menolak sebarang pemberian rezeki kepada mereka tetapi berilah makanan yang masih dalam keadaan baik. Atau kongsi makanan pada waktu tengah hari ketika lauk masih panas dan menyelerakan.
Terima kasih
Namun, anak-anak tahfiz ini bersyukur atas rezeki dan niat baik pemberi yang masih mengingati mereka.
Credit: Kasih Till Jannah