berita

Aneka Resepi Udang Yang Mudah Untuk Si Bujang

March 16th, 2018 | by Shafika
Foodies

Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu memasak sendiri di rumah adalah lebih menjimatkan. Namun, tidak ramai orang bujang di luar sana yang tahu memasak pelbagai jenis masakan. Sebenarnya memasak tidaklah susah mana pun kalau korang sendiri ada usaha untuk mencuba.

Untuk hari ini, admin nak kongsikan resepi pelbagai jenis masakan udang yang mudah dan sesuai untuk dapur bujang korang.

Udang Masak Sos Tiram

Dengan menggunakan barang asas yang sedia ada di dapur, korang dah boleh mula buat resepi ini untuk makan tengahari atau malam. Paling mudah, selain udang korang boleh juga pelbagaikan dengan tambahan sayuran atau ayam. Hidangan ini paling cepat dan mudah disediakan, hanya memerlukan masa kurang dari 30 minit. Apa lagi, cuba sekarang!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-masak-sos-tiram

Udang Black Papper & Brokoli

Kalau korang dah jemu dengan rasa udang sweet sour, nah kali ini admin cadangkan korang cuba resepi ini pula. Gabungan Brokoli dan udang adalah pilihan yang tepat sekali untuk mewujudkan citarasa berbeza untuk santapan malam.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-blackpepper-dgn-brokoli

Udang Goreng Berempah

Untuk penggemar udang, masakan goreng berempah pasti menjadi yang paling utama dalam senarai favourite korang! Paling sesuai jika digabungkan bersama-sama sup sayur dan dihidang dengan nasi panas. Makan pula masa hujan, memang uumph habis!

Resepi penuh:  http://myresipi.com/recipes/udang-goreng-berempah

Udang Goreng Rangup

Selain masak berempah, udang goreng rangup juga menjadi salah satu resepi yang paling disukai ramai. Kerangupan tepung yang digunakan memainkan peranan yang penting bagi resepi ini dan kesegaran udang pula pasti membuatkan makan tengah hari korang bertambah-tambah. Selain dimakan bersama nasi resepi ini juga boleh dijadikan sebagai snek minum petang!

Resepi penuh: myresipi.com/recipes/udang-goreng-rangup-

Udang Butter Nestum

Resepi ini pula sesuai untuk mereka yang gemar rasa lemak pedas! Takkan asyik nak buat udang masak lemak je kan? Sekali-sekala boleh tukar selera dengan mencuba variasi masakan ini, sangat mudah disediakan. Less is more bak kata orang putih.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-butter-nestum

Udang Masala

Bagi korang yang suka masakan india pula, tak perlu bimbang sebab korang boleh cuba resepi ini. Nampak lazat kan? Gandingan bersama kubis masak lemak pun sedap untuk makan tengah hari korang.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-masala

Sumber: myresipi

The following two tabs change content below.

Most Read Today