berita

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

November 28th, 2019 | by faris
MyResipi

Setiap kali ke kafe hipster, burnt cheesecake menjadi antara menu mesti ada setiap kali cafe-hopping. Namun, bila tengok harga, mesti fikir berkali-kali untuk memesannya. Apa kata cuba pula buat sendiri pula, bahannya mudah didapati, caranya pun ringkas saja, seperti dikongsikan Puan Siti Zalikha di Facebook. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan:
4 biji telur
150gram gula halus
15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
500gram cream cheese
250gram whipping cream

Cara-cara:


1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.

2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.

4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Dah sejuk baru potong.

Sumber: Puan Siti Zalikha

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.