Nugget menjadi snek kegemaran tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Tidak hairanlah makanan ini turut menjadi salah satu menu pelbagai rangkaian restoran makanan segera seluruh dunia. Pengguna Facebook, El Musliha Katiman berkongsi resepi nugget ayam homemade, senanglah lepas ini dibuat untuk seisi keluarga!
Nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam
1. Dada ayam 500gm
– buang kulit
– buang tulang kot2 la ada
– bersihkan
2. Pastu potong kecil-kecil.
3. Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni, sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot.
4. Agen pelekat
– roti putih 5 keping
– susu segar 1 gelas
5. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyak ya puan-puan.
6. Pastu, tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang
8. Pastu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat, ini lah masa kalau nk lepas geram kita tumbuk-tumbuk roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macamtu, sis tumbuk-tumbuk manja supaya roti terhibur dengan layanan sis.
9. Inilah bahan perasa
– bawang putih 3 ulas : cincang
– bawang merah 1 biji : cincang
– serbuk lada putih : 1 sudu teh
– baking powder : 1 sudu teh
– garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
– oregano kering : 1/2 sudu teh
– thyme kering : 1/2 sudu teh
* Takyah buh bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto
10. Inilah dia masa pertunjukan show timeeee. Campurkan semua sekali ayam + bancuhan roti + bahan perasa.
11. Uli, gaul buat la apa cara pun asalkan hasilnya sebati.
12. Pastu amik loyang atau orang Kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus, sapukan minyak masak sikit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini. Ingat tau bubuh minyak masak.
13. Sediakan pengukus..
– kukus 25 – 30 minit.
– matikan api
– biarkan sejuk
14. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
15. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke suka suka uolss la sis tak mahu nak susah-susah diri sis potong macam kat dalam gambo tu je, senang!
16. Bahan salutan : ini versi krup-krup bukan yang tempura tu. Next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pulak ya. Insha-Allah.
– campuran tepung: tepung gandum 2 sudu makan + tepung beras 1 sudu makan
– telor ayam
– serbuk roti /bread crumb
17. Kacau telor, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur.
18. Pastu masukkan kat tepung pulak ya puan-puan. Sekali lagi kasi masuk itu ayam masuk ke dalam itu telor satu kali lagi.
Dah siap bolehlah digoreng sehingga keemasan. Sedia untuk dihidang!
Sumber: El Musliha Katiman