Lama peminat seni tempatan tak mendengar berita mengenai pelakon berbakat, Izreen Azminda sejak dia disahkan hamil anak pertama beberapa bulan lalu. Jika sebelum ini nama Izreen lebih sinonim dengan drama-drama tempatan, kali ini Izreen mengorak langkah lebih berani dalam melibatkan diri ke layar perak pula.
Filem sulung lakonan Izreen berjudul Pecah arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black difahamkan akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih pada 13 Jun ini.
Izreen yang ditemui ketika majlis pratonton filem Pecah mengakui agak berdebar menantikan respon peminat berkenaan satu babak lakonannya yang dikira agak berani.
Untuk pengetahuan semua, terdapat satu babak dalam filem itu yang memerlukan Izreen untuk berkemban menggunakan tuala. Izreen menyatakan yang dia sebenarnya agak kekok untuk melakonkan watak itu namun tetap meneruskan atas dasar kerja dan menganggap ianya tidak keterlaluan.
Bagi saya perkara itu bukan satu masalah. Saya tidak berbogel, cuma bahagian atas dada sahaja yang diambil. Saya harap perkara itu tidak menjadi isu.
Izreen juga menjelaskan penggambaran filem itu telah berjalan sebelum dia berkahwin lagi dan mengharapkan respon yang positif dari suaminya selepas Pecah ditayangkan.
Izreen dijangka bersalin bulan Julai nanti
Suami belum tengok lagi babak berkemban itu tapi harapnya respon yang saya terima positif sebab dia sendiri seorang yang positif dan memahami.
Menurut Izreen lagi, dia akan lebih selektif mengenai tawaran lakonan selepas ini memandangkan dia kini membawa status isteri dan juga ibu tak lama lagi.
Saya tidak akan menerima lagi tawaran yang memerlukan saya beraksi sebegitu atau yang sewaktu dengannya. Saya kena lebih sensitif selepas ini.
Selepas berkahwin suami juga ada pesan, karakter atau watak yang Izreen bawakan haruslah sesuai dengan status Izreen.
Pelakon yang popular melalui drama bersiri Juvana ini juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan sudah bersedia untuk menerima segala respon baik yang positif mahupun negatif dari peminatnya.
Dalam perkembangan lain, Izreen dijangkakan akan bersalin pada bulan hadapan dan telah memilih Hospital Columbia Asia di Setapak sebagai tempat kelahiran bayi sulungnya itu.
Walaupun sudah mengetahui jantina anaknya, Izreen masih tetap mengunci mulut dari berkongsi dengan umum kerana tidak mahu perkara tak diingini seperti tersalah jantina terjadi sewaktu kelahiran.
Sambil-sambil tu, jom tengok beberapa keping foto terbaru Izreen yang sempat OHBULAN! rakamkan sewaktu majlis pratonton Pecah semalam.