Sejak kebelakangan ini nama Haqiem Rusli menjadi bualan hangat netizen. Dia didakwa menggunakan gimik tekanan perasaan untuk mempromosikan single Selamat Tinggal Sayang. Malah, rakan artis juga rasa terkilan akan tindakan sedemikian yang dianggap tidak sepatutnya.
Artikel berkaitan: Padan Muka Kena ‘Sound’
Dalam sidang media sebentar tadi, Haqiem Rusli menafikan kenyataan tersebut sekadar gimik, malah dia mengakui mengalami mild depression yang bermula kira-kira setahun lalu. Sidang media itu turut dihadiri bersama Ernie Zakri, Wany Hasrita dan pihak pengurusan.
Pernah dikutuk tak handsome
Sejujurnya dalam hati saya, memang saya mengalami mild depression. Saya pernah dikutuk tidak handsome, nyanyi Live tidak sedap. Saya melalui semua itu sendirian. Ini semua satu kecaman terhadap saya. Tapi saya tak balas pun.
Haqiem Rusli turut mengakui kesan daripada itu, dia menghadapi beberapa masalah kesihatan seperti insomnia, keletihan dan berat badan yang tidak stabil. Status yang dimuat naik berhubung isu kemurungan dan mahu menarik diri dari industri hiburan, dibuat tanpa berfikir panjang.
Saya masih muda, adakalanya saya kekok untuk berhadapan dengan situasi tertentu. Saya terfikir, adakah saya patut jadi orang lain atau saya boleh jadi diri sendiri? Saya akui itu salah saya sepenuhnya. Bukan salah syarikat rakaman, bukan juga salah rakan-rakan artis. Maafkan saya. Saya sedar, tidak sepatutnya saya sesuka hati menggunakan terma depresi itu.
Saya tidak salahkan sesiapa
Saya harap semua boleh maafkan saya. Saya tidak menyalahkan siapa termasuk artis dan pihak rakaman. Saya harap media, rakan artis dan seluruh Malaysia memaafkan saya. Bantulah untuk saya kuat kembali. Hentikan kecaman ini. Bagi saya peluang kedua untuk memperbaiki kesalahan ini.
Sementara itu, pihak pengurusan kepada penyanyi ini telah menegur dan memberi amaran kepada Haqiem Rusli. Tindakannya itu boleh memberi kesan kepada pihak pengurusan dan juga rakan artis lain. Pihak pengurusan mengakui kekurangan dan akan lebih fokus serta mengambil berat kepada semua artis dibawah naungannya. Malah, pihak pengurusan juga akan membawa Haqiem Rusli berjumpa pakar untuk memastikan penyakitnya itu.
Ramai kecam saya
https://www.instagram.com/p/Bk2Z6OYhFOu/?taken-by=budiey
Saya tidak bertemu dengan doktor sebelum ini kerana perasaan ego dan degil untuk mendapatkan bantuan. Tetapi selepas apa yang berlaku, pihak pengurusan saya telah mengaturkan pertemuan dengan pakar psikiatri bagi mengetahui keadaan sebenar saya. Mereka tidak bersalah… Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf.
Sumber: mStar , Budiey