Nampaknya kontroversi antara Fizz Fairuz, Azlyn Massiela dan Ramli (suami Azlyn) semakin berlanjutan. Terbaru menerusi sebuah akhbar tempatan, lelaki yang mendakwa suami kepada Azlyn Massiela mengaku yang dia dan wanita tersebut sempat menjalani proses rumah tangga selama 3 bulan dan kali terakhir mereka bertemu adalah pada November tahun lalu.
“Kami hanya hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan sebelum Azlyn jatuh sakit dan menetap bersama keluarganya.
“Bagi saya tempoh seminggu kerana ini kes rumit. Bukan saya takut mendedahkan bukti pernikahan kami, cuma saya mahu menjaga maruah banyak pihak. Saya tidak mahu dia (Azlyn) menanggung malu.
“Buat masa ini saya perlu berfikir masak-masak sebelum tampil membuat pendedahan lebih terperinci. Saya mahu melakukan sembahyang istikharah supaya kebenaran dapat dibuktikan.”
Mengulas lebih lanjut mengenai status perkahwinan mereka, Ramli turut menyatakan dia bakal tampil dengan segala resit pemindahan wang sebagai bukti pemberian nafkah bulanan kepada Azlyn.
“Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.”
Dalam pada itu, Ramli turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga wanita tersebut.
“Saya kesal selepas berjumpa dengan kakak Azlyn dan Fizz membuat kenyataan di akhbar, dia dan keluarganya masih menafikan perkara itu walaupun tahu kedudukan yang sebenar.
“Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri,” ulas Ramli penuh kesal.
Sumber : Berita Harian