Lebih kurang sebulan yang lalu, nama Azlee Khairi yang agak jarang disebut sebelum ni secara tiba-tiba menjadi bualan para pengikut industri hiburan tempatan.
Bukan kerana pelakon yang popular menerusi drama Love You Mr. Arrogant (LYMA) itu berkahwin senyap-senyap, tetapi disebabkan oleh terbongkarnya rahsia Azlee yang sedang bercinta dengan seorang usahawan Brunei.
Baguslah dapat jodoh jauh, kan? Tapi yang tak sedapnya, ada pula khabar angin mengatakan teman wanita baru Azlee dikenali sebagai Liswati itu cuba menjatuhkan kerjayanya.
Wanita di sebelah Azlee dipercayai teman wanitanya. Kredit foto: Google Image
Entah macam mana boleh timbul perkara tersebut. Namun menurut Azlee yang ditemui di Majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuran Media Prima, Liswati yang juga merangkap pengurusnya itu banyak membantu mengendalikan jadual Azlee.
Kalau di forum, ramai yang kata manager atau girlfriend saya menjatuhkan saya. Sebenarnya yang menaikkan saya adalah dia juga. Dia yang banyak membantu saya dari segi jadual.
Dalam masa yang sama, Azlee agak kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang gemar mengeksploitasi keterbukaannya berkongsi hal peribadi hingga timbul perkara tak benar.
Privacy saya dah turun jadi 0.01% daripada 99.99%. Bagilah saya space. Janganlah sampai yang sebesar kuman tu pun orang nak langgar. Saya tak kisah berkongsi cerita. Tapi bila saya terbuka, orang eksploitasi benda tu dan cuba buat cerita bukan-bukan. Saya takkan duduk diam, kena juga bagi peringatan.
Kalau nak dibandingkan dengan 4.6 viewers saya sebelum ni dengan berpuluh-puluh je dalam forum tu, pada saya tak memberi apa-apa kesan pun. Cuma mulut orang ni bila kita dengar banyak kali pun sakit hati jugak. Saya pun rasa tak sedap bila dengar macam tu.
Sementara itu, Azlee juga nampaknya tak kisah jika popularitinya semakin merundum kerana kontroversi atau sekiranya dia berkahwin nanti.
Saya bukan nak jadi artis. Allah bagi saya jalan untuk belajar dalam Seni Layar. Seni Layar belajar directing bukan acting. Tapi rezeki terbuka pula untuk saya berlakon. Berlakon ni kira platform untuk saya jadi pengarah satu hari nanti.
Besar cita-cita Azlee nak jadi pengarah. Tak mengapa, selagi termampu lebih baik kumpul ilmu dan rezeki banyak-banyak. Kalau orang dah bosan nanti, duduklah belakang tabir pula.