Isu keaslian sesebuah lagu menjadi isu yang cukup sensitif dalam kalangan pengkarya muzik. Walaupun wujud undang-undang untuk melindungi karya, namun masih wujud kes sedemikian kerana berkemungkinan subjektif untuk dinilai.
Penyanyi dan komposer meluahkan rasa marahnya apabila dituduh meniru lagu komposer lain oleh seorang lagi penyanyi. Seriuslah?
Abang nak tanya, belajar muzik tak?
Asfanshah ‘berterima kasih’ kepada seorang artis yang mendakwa lagu ciptaannya ‘Sulit’ diciplak dari penyanyi berkenaan. Asfan juga bertanya sama ada penyanyi itu ada belajar muzik kerana banyak lagu di luar sama menggunakan elemen yang sama.
Salam. Sebelum nak start. Aku nak ckp “TERIMA KASEH” dulu sebab apa? Sebab semalam masa ARTIS BARU aku ada show dengan kau. Rilex je kau cakap kat artis aku aka client aku. Lagu “SULIT” tu aku amik dari lagu kau. Kalau salah apa aku cakap. I’m sorry.
Wahai adik singer / songwriter yang paling “Famous” di abad ini. Abang nak tanya, belajar music tak? Ada beribu lagi lagu dekat luar sana yang pakai motif sama. Starting point chorus lagu awak ngan saya pun kat KEY yang berbeza. Belum lagi sentuh bab bab scale dan sebagainya.
Harini kau cakap, 5 minit orang sampaikan
Nota music tu “Bangun” dan “Jatuh” dia pun berbeza. TECHNICAL sgt pulak nnt. haha takkan adik nak claim semua benda tu adik punya kan? Tapi nak ckp takut tak faham. Nanti boleh tolong explain kat abg ye, bahagian mana yang sama. But pls do not explain dalam bentuk “ala part tu part tu” pls explain dalam tutur bahasa music ya.
Tak best cakap psl org dekat org lain. Eventho its for fun. Music Industry kita ni very small bro. Harini kau cakap. 5 min org sampaikan. Maybe pasal adik rasa, lagu adik banyak hits ya? Hehe. Abg dah pegang nota music masa adik kat sekolah lagi.
Abang maafkan adik
Bagaimanapun, Asfan memaafkan kesilapan penyanyi berkenaan namun sempat meninggalkan pesan supaya individu itu menulis agu mengikut julat vokal sendiri. Ini bagi memastikan apabila dipersembahkan secara live, nyanyian akan sama seperti dalam CD.
But ya its ok bro. Bulan Ramadhan ni bulan mulia. Apa adik cakap tu. Abang maafkan. Just ni satu “PESAN” Next time tulis lagu ikutlah range vocal adik. Supaya time live nanti boleh adik buat yg sama macam cd. Auto tune is acceptable but dont too over doing it.
Abang suka lagu adik yang ala2 “BIEBER” tu, yes yg ala ala ” BIEBER” tu. Dont worry. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin in advance. Peringatan juga untuk diri kita. Hormat menghormati itu amalan mulia.
Sumber: Asfanshah