“Berhenti mereka cerita hidup saya sebelum saya mengambil tindakan undang-undang.”
Pendek, namun itulah amaran yang diberikan oleh Sharnaaz kepada mereka yang dikatakan telah mereka-reka cerita tentang perkara yang berlaku baru-baru ini.
Melalui laman Twitternya, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan bahawa kenyataannya dalam akhbar telah diputar-belitkan.
Pelakon yang baru saja putus cinta bersama Shila Amzah ini juga meluahkan perasaan kecewanya kerana ada pihak yang mengambil kesempatan diatas perkara yang berlaku.
“Kenyataan yang bukan dari saya jangan pandai-pandai siarkan. Jangan sesuka hati nak jual cerita hidup manusia untuk kepentingan jualan.”
Apa pun, semoga keadaan akan beransur pulih selepas ini. Lagi kenyataan Sharnaaz selepas ini.