Aishah sememangnya ‘otai’ dalam industri muzik tanah air. Penyanyi yang popular dengan lagu Melukut Di Tepi Gantang dan Pulanglah ini pernah membanggakan nama Malaysia dengan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia. Kemudiannya, dia mengambil keputusan untuk bergerak solo bagi perjalanan karier seninya.
Gegar Vaganza musim ke-4 menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara dan hadiah buat peminat yang merindui kemunculan semula penyanyi ini. Terbaru, penyanyi ini dimasukkan ke hospital atas beberapa faktor kesihatan. Aishah sempat berkongsi pengalaman dan sakitnya itu melalui Instagram Live tadi.
Kerana terlalu berat
Menerusi IG Live miliknya, dia berkongsi bersama peminat akan kesihatan yang baru saja selesai menjalani pembedahan bahagian perut. Dia mengalami kesakitan semasa berjalan atas faktor berat badan.
Buang gastrik
Dia juga disarankan Chef Zam untuk menjalani pembedahan membuang gastrik yang kritikal dalam badan. Disebabkan dia sering mengalami kepedihan di bahagian perut dan sentiasa lapar.
Terasa lebih ringan
Selepas melakukan pembedahan, dia berasa keadaan tubuhnya semakin ringan dan mampu berjalan seperti biasa. Ternyata Aishah masih perlu berehat secukupnya dan sementara itu, Aishah ingin berehat dan belum bersedia menerima kunjungan peminat atau keluarga.
Credit: Instagram aishahjmm