Kalau hati dah sayang, pasti akan terbit perasaan cemburu. Lagi-lagi bila melihat pasangan kita berpelukan dengan wanita lain walaupun sekadar lakonan sahaja.
Korang mesti nak tahu siapa pasangan yang dimaksudkan betul tak? Siapa lagi kalau bukan pasangan hero drama Rindu Awak 200% yang tengah meletop-letop sekarang ni, Zul Ariffin dan buah hatinya, Gayatri Su-Lin Pillai.
Kalau korang nak tahu, dek kerana drama ini, ramai yang menginginkan Zul dan heroinnya, Ayda Jebat bercinta tau. Hmm, penangan taksub dengan drama la ni.
Tetapi, Gayatri tak cepat melatah. Dia wat lek wat peace je. Hehehe. Menurut laporan Gua.com, Gayatri berkata cemburu itu ada tetapi dia professional dengan kerja.
Saya rasa sebagai perempuan, cemburu itu pasti kena ada. Lelaki pun sama, perasaan cemburu itu memang ada. Kalau kita tak ada perasaan cemburu itu, nampak seperti kita hati kering pula. Setiap pasangan pasti cemburu.
Tapi dalam masa yang sama, kita kena harus faham, itu yang sememangnya harus ditunjukkan dalam setiap lakonan. Orang di luar sana akan jatuh cinta dengan karakter yang dibawa, jadi jika ada orang berkata seperti itu, drama tersebut boleh dikira sebagai berjaya.
Gitew jawapan Gayatri. Baguslah kalau boleh menerima semuanya atas dasar kerja. Nampak sangat Gayatri ni professional dan menyokong perjalanan karier buah hatinya itu.
Iyalah, kalau dah jodoh, tak lari gunung dikejar. Betul tak? Beruntung Zul dapat teman wanita seperti ini kan. Apapun, kami tetap mendoakan hubungan pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin.
Kredit Foto : Instagram Zul Ariffin