Semalam kecoh di internet apabila beberapa buah portal hiburan mengeluarkan artikel berkaitan kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Emma Maembong.
Artikel tersebut mengandungi bukti-bukti secara langsung dan tidak langsung yang menunjukkan mereka sedang hangat bercinta.
Walaupun kedua-duanya enggan memberi penjelasan, namun peminat masih tidak jemu untuk membongkar gosip ini. Mungkin peminat seronok melihat Zizan dan Emma yang kelihatan serasi bersama.
Emma dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Zizan Razak
Bagaimanapun, Zizan yang dihubungi sebentar tadi masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini.
Biarlah apa orang nak cakap. Kami lebih selesa dengan status begini. Kalau betul pun saya bercinta dengan Emma, tak mungkin saya akan umumkan sekarang melainkan jika saya benar-benar ingin berkahwin nanti. Lagi elok rasanya kami tumpu pada kerjaya dulu buat masa sekarang.
Berbalik kepada soal bukti percintaan mereka yang dikumpulkan oleh peminat, Zizan menyatakan itu hanyalah andaian semata-mata tanpa mempunyai pengesahan daripada tuan punya badan sendiri.
Bukti apa yang mereka ada tanpa pengesahan daripada saya ataupun Emma? Sebarang status atau kemaskini di laman sosial itu semua sekadar gurauan sahaja.
Antara bukti percintaan mereka yang dapat dihidu peminat
Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dakwaan yang dia pernah ke pusat membeli-belah Pavillion sambil berpegangan tangan dengan Emma.
Beralih kepada perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran di Besut untuk sebuah program travelogue berjudul Terengganuku.
Program tersebut juga bakal menampilkan beberapa orang artis jemputan terkenal termasuklah Emma Maembong.