berita

‘Ceramah Saya Dibatal & Dihalang’ – Tidak Mampu Tanggung Kos, Ustaz Kazim Jual Unit Tahfiz

July 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Desas desus menyatakan Datuk Mohd Kazim Elias bakal menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi Berita Harian, beliau memberitahu tidak mampu menampung kos pentadbiran menyebabkan tahfiz terpaksa dijual.

Terpaksa jual unit tahfiz

Walaupun sedih, Ustaz Kazim terpaksa mengambil keputusan itu kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran yang mencecah RM 150,000 sebulan. Ketika ditanya punca utama tidak mampu menampung kos, beliau menjawab kini tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini.

Oleh itu, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat yang membabitkan unit tahfiz yang menempatkan 100 pelajar.

‘Saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya’

Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program televisyen.

Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah.

Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama.

Namun, beliau akan tetap berusaha melahirkan Huffaz di negara ini dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×