berita

Tiada Tauliah Di Selangor Punca Ustaz Kazim Tolak Undangan Ceramah

March 14th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias, mendedahkan dirinya tidak mempunyai tauliah untuk mengadakan sebarang ceramah di negeri Selangor.

Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Kembali Sihat, Dakwa Rawat Penyakit Guna Air Telaga Nabi

Artikel Berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Tidak Memiliki Tauliah Mengajar

Tolak undangan

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, pendakwah bebas berusia 51 tahun ini, memuat naik perkongsian berkenaan sebagai jawapan serta alasan mengapa dia tidak menerima permohonan ceramah oleh pihak yang mengundangnya.

Inilah jawapan saya. Saya berharap kita jaga silaturrahim. Tiada komen yang jelek dan kata-kata yang tidak enak daripada semua netizen.

Menurut penceramah yang lebih mesra disapa Ustaz Kazim, dia hanya mendapat tauliah di dua negeri manakala satu tauliah khas daripada negeri lain. Susulan itu, dia terpaksa menolak beberapa undangan sesi ceramah di negeri itu.

Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.

Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor. Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang.

In Shaa Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.

Sumber: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

SKIP THIS AD ×