Nampaknya isu poligami yang melibatkan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya iaitu Noor Dayana Lokman, 26 dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 masih menjadi tatapan umum dan sudah masuk hari kedua trending menerusi laman Twitter.
Setelah pelbagai laporan yang dikeluarkan oleh pihak media, akhirnya isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana dipercayai telah meluahkan perasaan kecewanya melalui sebuah nukilan puisi yang ditulis menerusi laman akaun Facebook miliknya petang semalam.
Bait-bait puisi tersebut seolah-olah menggambarkan tentang perasaan kecewa dan sedih Dayana terhadap perbuatan suaminya.
Apa pun, sebagai orang luar kita hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka bertiga dan di sini OHBULAN! sertakan nukilan puisi tersebut :
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimahTak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalananTak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang ituTak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana AllahTak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana diaSucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di ThailandBerhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim
Artikel Berkaitan :
- Ashraf Muslim Perjelaskan Isu Rumahtangga
- Dayana Tidak Redha Ashraf Muslim Kahwin Dua
- Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua Di Thailand
- Dayana Redha Jika Ashraf Muslim Kahwin Lain
Untuk makluman, Ashraf Muslim telah bernikah dengan Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah, sementara dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pula mereka disahkan bernikah di Thailand pada 7 Juali lalu.