Sebelum ini pelakon Saharul Ridzwan menjadi mangsa ugutan bunuh apabila mendapat DM (direct massage) dari netizen. Kali ini watak Husna yang dipegang Niena Baharun pula menjadi mangsa perempuan psiko gara-gara drama Jangan Benci Cintaku.
Pelakon Niena Baharun mendedahkan kisah dan pengalaman ‘diserang’ perempuan psiko di Instagram. Sampai ugut nak tendang kandungan Niena Baharun. Tak sangka pula pengaruh drama sangat kuat sampai dibawa ke realiti.
Bagi saya ia keterlaluan
Perempuan psiko itu juga berniat untuk menendang kandungan Niena Baharun sekiranya terjumpa depan mata. Pelakon ini terpaksa menyekat individu itu di media sosial.
Sepanjang drama ini ditayangkan setiap hari saya menerima mesej secara peribadi di laman sosial. Kalau setakat nak komen benci saya okey lagi sebab ia biasa. Namun, apabila sampai tahap mahu menendang kandungan dan alami keguguran, bagi saya ia keterlaluan.
Dia ganggu suami saya
Disebabkan itu, saya ambil keputusan menyekatnya di IG. Namun, dia ganggu suami saya pula. Apabila disekat melalui akaun suami, dia beralih ke akaun kelab peminat. Jadi, saya menganggap dia memang psiko. Saya tahu setiap komen ditulis sekadar luahan perasaan terhadap watak Husna. Sebagai pelakon, saya menghargai setiap maklum balas diberikan meski ia berbaur marah.
Memandangkan ini kali pertama berlakon watak sebegitu, sejujurnya saya tidak menjangka ia memberi kesan mendalam terhadap penonton hingga ada sanggup membuat karikatur dan status. Apa pun, saya ingin ingatkan Husna hanya watak lakonan. Jadi jangan benci saya.
Perempuan psiko itu turut memberi gambaran sekiranya dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon ini. Niena Baharun tidak percaya lakonannya itu mendapat perhatian ramai meskipun dia sering menerima mesej kecaman netizen di media sosial.
Sumber: Metro