Pada 20 April lalu, berita melaporkan seorang pelakon yang pernah membintangi flem Khurafat telah ditahan di sebuah kelab malam yang menawarkan khidmat seks di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
Selepas melakukan ujian air kencing sebanyak dua kali, pelakon itu disahkan positif mengambil dadah jenis ganja.
Sejak tersebarnya berita tersebut, ramai mendakwa Along Eyzendy adalah individu yang ditahan itu, namun belum ada kepastian hinggalah OHBULAN! bertanyakan sendiri hal tersebut kepada Along malam semalam.
Saya tahu mengenai hal ini. Buat masa ini, saya dinasihatkan oleh pihak pengurusan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.
Biarpun masih tidak menjawab sama ada benar dia mengambil dadah seperti didakwa, Along memberitahu pihak pengurusannya mempunyai perancangan untuk mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan segala-galanya.
Lakonan Along Eyzendy dan Syamsul Yusof dalam Khurafat
Apabila semuanya selesai, pihak pengurusan saya akan memberikan kenyataan mengenai perkara ini.
Dalam pada itu, Along memberitahu kontroversi berkenaan tidak menjejaskan kerjaya seninya. Malah pelakon yang bernaung di bawah syarikat MiG ini juga tidak kisah jika masyarakat ingin mempercayai berita tersebut.
Setakat ini, tidak terpalit lagi dengan kerjaya saya. Allah lebih mengetahui siapa saya. Apa yang pasti, saya akan beri komen selepas semuanya selesai.
Along ditemui sewaktu menghadiri Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur malam semalam.