Seorang DJ yang bertugas di stesen radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34 telah mendakwa dirinya nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Insiden tersebut berlaku sewaktu Julie sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, Johor Bharu setelah tamat bekerja pada hari tersebut. Menurut Julie, kereta Proton Neo yang dipandu olehnya secara tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah, dan kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas.
“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio Best 104 itu lagi.
Namun begitu, menerusi laporan di Sinar Harian Online hari ini, Julie menyatakan dirinya bernasib baik apabila sampai di lokasi yang dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya.
“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya.’
“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” ujar Julie penuh bersyukur.
Julie Diana kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.
Gambar : Harian Metro