Wah, namapaknya kehangatan Anugerah Skrin (ASK) 2012 kini kian terasa. Memandangkan tema tahun ini adalah ‘Fairy Tale’ pasti ramai tidak sabar untuk melihat apakah kejutan-kejutan menarik yang bakal dibawakan oleh pihak TV3 malam nanti.
Anugerah yang penuh berpestij ini akan dibawakan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
ASK kali ini bakal diacarakan oleh Awal Ashaari dan Neelofa, manakala bagi acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh pasangan Karl Shafek dan Dynas bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2.
Antara drama-drama yang dipertandingan adalah Pelarian, Di Telapak Kaki Bonda, Ku Petik Dosa, Maharku Untukmu serta Bedah Tong Gas. Jadi, drama manakah bakal menang malam nanti?
Bagi pihak OHBULAN!, kami sendiri meminati lakonan Nabila Huda dan Adi Putra menerusi drama berjudul ‘Maharku Untukmu.’
Drama ini bukan sahaja kaya dengan eleman pengajaran, malah ia turut menonjolkan lakonan mantap Adi Putra yang sanggup menanggung pelbagai penderitaan demi cintanya kepada majikan sendiri. Selain itu, ia turut menonjolkan nilai-nilai sebenar kehidupan sosial masyarakat sekarang yang sanggup berbuat ‘perkara terlarang’ demi keseronokan diri.
Adakah anda rasa drama ini boleh menang malam nanti? Untuk ketahui keputusannya, jalan lupa saksikan Anugerah Skrin 2012 yang akan ditayangkan secara langsung di TV3 tepat jam 9 malam ini. Sebelum itu, jom layan promo ‘Maharku Untukmu.’