Baru-baru ini, penyanyi Aishah berkongsi rasa kecewa di laman Instagram apabila mengetahui barang kemas yang dimenanginya didakwa palsu. Malah, hadiah utama berupa tanah lot banglo juga masih belum diterima hingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: Sudahlah Hadiah Tanah Tak Dapat, Barangan Kemas Pula Fake?
Juara dari program nyanyian realiti itu memohon agar pihak penaja lebih bersikap jujur untuk menawarkan hadiah kepada pemenang. Aishah juga rasa terkilan apabila mengetahui harga sebenar berlian yang dimenanginya itu adalah bukan berlian original. Ini adalah pengalaman Aishah membawa berlian tersebut ke kedai emas untuk dinilai harga.
Ingatkan mesin berlian rosak
Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.
Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin berlian asli berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen. Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu.
Nak suruh tunggu tanah kubur agaknya!
Sewaktu di kedai emas tersebut, tauke check kualiti berlian dengan menggunakan alat pricena. Sekiranya alat tersebut mengeluarkan bunyi maka, berlian tersebut adalah asli dan tulen. Sebaliknya, berlian yang dibawa Aishah ini tidak langsung mengeluarkan sebarang bunyi setelah di scan.
Malah, penyanyi ini juga menerima kecaman netizen apabila lantang mendedahkan isu ini di media sosial. Malah, netizen menganggap Aishah tidak bersyukur dengan pemberian daripada pihak penaja.
Tentang hadiah tanah lot itu, ada netizen yang marah kata kita tak bersyukur dan tak tahu bersabar tapi hakikatnya mereka tak beri tarikh sebenar dan asyik tangguh sahaja… nak suruh tunggu tanah kubur agaknya!
Ini hak saya
Saya tahu apabila berkongsi mengenai hal ini orang akan kutuk, tapi saya bersuara kerana ini hak kita. Saya harap pihak berkenaan bertanggungjawab dan mungkin kerajaan boleh amik perhatian.
Kalau pihak penaja ada masalah, boleh jumpa untuk minta maaf dan beritahu apa sebenarnya yang berlaku, mulanya kata tanah di Johor Bahru tapi lepas ditanya tukar di Selangor pula. Kami disuruh bersabar hampir setahun dan sudah melalui pelbagai saluran sepatutnya tapi tak ada tindakan, saya harap ada jalan penyelesaian terbaik.
Sumber: mStar