berita

Eina Azman Serik Dengan Isu Ibu Afiq Muiz

August 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Eina Azman 1

Sekitar bulan Mei lalu, industri hiburan tempatan heboh dengan isu pelakon, Afiz Muiz yang didakwa sebagai seorang anak derhaka dan isu tersebut turut berlarutan selama beberapa minggu sehingga melibatkan pelakon wanita, Eina Azman.

Berikutan isu itu, Eina yang didakwa sebagai teman wanita Afiq telah mendapat kritikan hebat daripada peminat, apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa ibu kepada pelakon lelaki tersebut adalah kurang siuman gara-gara enggan memohon maaf kepada dirinya.

Dalam pada itu, Eina turut menyatakan bahawa dia ingin menyaman ibu pelakon lelaki tersebut sekiranya gagal melakukan perkara berkenaan dalam tempoh masa tujuh hari.

Artikel Berkaitan :

Eina Azman 2

Eina Azman enggan dikaitkan lagi dengan Afiq Muiz

Setelah beberapa bulan isu berkenaan berlarutan dan menyepi tanpa sebarang berita, terbaru menerusi laporan Sinar Harian Online, Eina Azman dikatakan enggan mempunyai sebarang kaitan dengan Afiq Muiz dan mengakui merasa serik dengan perkara yang telah berlaku.

Kalau boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak serik setelah apa yang berlaku sebelum ini.

Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, pelakon wanita ini turut menyatakan bahawa hubungannya dengan Afiq Muiz masih lagi berjalan seperti biasa, akan tetapi dia enggan memberi sebarang komen mengenai hubungan anak beranak itu kerana dikhuatiri akan disalah ertikan lagi seperti sebelum ini.

SKIP THIS AD ×