Kisah tali pertunangan Elfira Loy dengan seorang penyanyi yang kecundang di tengah jalan mendapat liputan meluas media tidak lama dulu. Kedua-dua mereka dilihat sudah move on dan meneruskan karier masing-masing sekaligus melupakan episod berkenaan.
Semalam, Elfira memuatnaik sekeping foto jejaka misteri di tepian pantai dipercayai diambil ketika mereka pergi bercuti. Wajah lelaki itu hanya dari sudut sisi menambahkan lagi elemen misteri dan mengundang tanda tanya peminat.
Mungkin raut wajah sama tapi tegaskan bukan dia
Tidak semena-mena, nama pelakon dan ahli perniagaan, Ben Ali dikaitkan sebagai individu dalam foto berkenaan.
Pun begitu, Ben tidak melatah dengan dakwaan terbabit dan tidak menolak kemungkinan wajah mereka mempunyai iras sehingga menyebabkan netizen mengaitkannya dalam isu ini. Bagaimanapun Ben bertegas individu itu bukan dirinya kerana dia sudah bertunang dengan pelakon Singapura, Nadiyah Shahab dan akan bernikah November ini.
Mungkin kerana raut wajah kami yang dikatakan hampir seiras, membuatkan ramai menganggap jejaka itu adalah saya. Tetapi, ingin saya tegaskan di sini, jejaka itu bukan saya.
Kami akan bernikah pada 10 November di Singapura, disusuli majlis resepsi di ibu kota pada 17 November.
Elfira nafi gimik
Turut tersebar di laman sosial adalah foto Elfira dengan jejaka sama di meja makan seperti dipaparkan di IG story Makcik Puaka. Usaha Berita Harian untuk mendapatkan komen lanjut mengenai status lelaki berkenaan tidak membuahkan hasil.
Dia lebih selesa merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan menolak kemungkinan sedang melakukan sebarang gimik untuk mana-mana produk.
Saya tak mainlah gimik sebegitu. Tidak ada apa lagi yang perlu dikongsi.
Foto berkenaan dimuatnaik Elfira semalam dengan kapsyen ‘Buang kebencian dan lahirlah kebahagiaan’ itu meraih lebih 100k likes dan komen yang bertanyakan siapa lelaki disampingnya itu.
Sumber: Berita Harian, Elfira Loy, Makcik Puaka