Mengikut perancangan, akter manis Elly Mazlein dikatakan bakal disatukan dengan pasangannnya yang juga seorang pengarah filem, Azmi Hatta pada Februari lalu. Akan tetapi, disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut telah ditunda sehingga Disember tahun depan.
Menurut laporan Kosmo Online hari ini, Elly Mazlein ketika ditemuai pada majlis pelancaran trailer ‘Awan Dania The Movie’ baru-baru ini difahamkan tidak lagi memakai cincin pertunangannya dan apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Azmi Hatta, aktress ini hanya mampu berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen.
“Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai juga,” katanya dalam nada berkias.
Disamping itu, aktres ini turut akui bahawa keluarga sangat memahami dan tidak memaksa dirinya untuk berkahwin dalam kadar segera.
“Memang saya sangat bersyukur kerana keluarga amat memahami saya. Mereka tidak pernah paksa saya untuk lakukan sesuatu perkara, sama juga halnya dengan perkahwinan.”
“Faktor usia tidak membuatkan saya mahu segera berkahwin. Buat apa saya ikut kata orang dan puaskan hati pihak lain sedangkan diri sendiri yang merana. Saya jenis orang yang ikut kata hati,” tegas Elly Mazlein.