Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya kepada seorang artis yang sedang hangat bercinta iaitu Sharnaaz. Sejak akhir-akhir ini saya tengok perangai dia semakin menjadi-jadi & annoying. Apa yang saya perasan, Sharnaaz ni ada perangai ego yang tak bertempat. Jika awak tengok apa yang dia tweet pada hari Sabtu (5/05/2012), dia begitu lantang memaki hamun orang yang mengkritik Shila Amzah, si kekasih hatinya tu.
Sebagai pengguna Twitter, saya yang tidak ada kena mengena pun terasa sakit hati. Saya balas tweet tersebut. Niat saya hanya untuk menegur dan rasa kesian kerana Shila yang menjadi mangsa. Walau pun ringkas dia balas “haktui”, pada saya itu adalah satu respon yang amat kurang ajar dan tak beradab. Nak “laknatullah” orang luar jangan sampai orang ramai balas balik ke batang hidung sendiri.
Saya tak menolak sekiranya sikap dia yang begini akan membuatkan Shila kehilangan peminat. Tak mustahil Shila akan gagal untuk masuk ke final Mania sebab orang meluat dengan sikap Sharnaaz yang terlalu over dan obses mempertahankan Shila.
Saya berharap Sharnaaz boleh menerima teguran orang di sekeliling. Saya percaya pelakon yang berjaya adalah pelakon yang mempunyai sikap yang baik dan boleh menerima teguran. Contohi artis-artis yang berjaya seperti Aaron Aziz, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Shila Majid, dan sebagainya. Kalau perangai Sharnaaz macam ni memang tak kemana la dia. Tak hairan pun kalau tak tercalon ABPBH hari tu.
Kalau nak bercinta biarlah berpada-pada. Nak berkasih sayang biarlah bersederhana. Tak perlu la nak show off sangat kepada khayalak ramai. Sedar sikit awak tu artis yang orang perhatikan. Kerjaya awak pun bergantung pada penilaian orang ramai. Kalau ramai yang tak suka kan susah nak dapat job nanti? Nak bertwitter pun tiada salahnya tapi biar berpada-pada. Harap Sharnaaz dapat pertimbangkan perkara ni baik-baik.
Untuk Shila, saya harap awak dapat jaga diri dan jauhi kontroversi. Shila masih muda dan boleh pergi jauh jika mampu pertahankan imej yang bersih. Saya juga ingin Shila sentiasa tetap dengan pendirian demi kerjaya nyanyiannya.