Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pagi ini ribuan pendengar radio Hot FM digemparkan dengan pengumuman perletakan jawatan Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI.
Pada mulanya OHBULAN! menganggap ianya sekadar gimik atau gurauan yang biasa dilakukan oleh pihak radio, maklumlah Hot FM AM Krew memang terkenal dengan lawak jenaka mereka.
Namun ternyata Faizal serius mengenai perkara itu kerana dia turut mengemas kini status di Twitter berkenaan perletakan jawatannya.
Menurut Faizal, dia melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Hotfm dengan notis berkuatkuasa hari ini iaitu 24 Oktober 2013.
Nampaknya bukan sahaja pendengar terkejut, malah rakan sekerja Faizal seperti Fara Fauzana, AG dan Sharifah Aleya juga langsung tidak menjangka keputusan itu.
Adakah Faizal berhenti menjadi penyampai radio dan dinaikkan pangkat atau dia telah menerima peluang yang lebih baik di tempat lain?
Namun, apa yang terbaik buat masa sekarang ialah menunggu penjelasan daripada Faizal ataupun pihak stesen radio itu sendiri berkenaan berita ini.