Berkecimpung dalam dunia nyanyian seawal usia remaja sehingga dewasa memberi kelebihan kepada beliau tentang asam garam di dunia glamor.
Selebriti professional yang sering tampil menggoda tatkala melakukan persembahan dan fotogarfi ini sering melakukan pembaharuan dalam penampilan dan kehidupan.
Penyanyi yang layak digelar diva ini semakin menyerlah dengan personaliti yang memukau disamping gemar berdandan untuk memberikan imej yang sempurna.
Baru-baru ini, Britney Spears telah melakukan beberapa pengambaran fotografi yang glamor lagi eksklusif bagi imej semburan wangian Elizabeth Arden Fantasy Twist .
Penyanyi berusia 30 tahun ini memperagakan pakaian berkonsepkan ala-ala Cleopatra dengan gabungan solekan dan dandanan rambut yang diselaputi rantai leher mini emas permata menjunam dengan gelang senada serta busana seksi yang memukau.
Minyak wangi twist fantasi adalah gabungan dua aroma daripada keluaran khas Britney dengan sentuhan botol ‘sphere’ yang eksklusif.
Si pemakai mampu menikmati haruman wangian 2 dalam 1 (dua dalam satu ) yang dikombinasikan dengan “Fantasy” iaitu 1 bau Musky dengan Jasmine Petals dan White-chocolate, dan “Fantasi Midnight” iaitu 1 bau Warmer menampilkan Black Cherries, Framboise dan Plum.
Selepas melaraskan sekeping gambar berpakaian ala-ala cleopatra, Britney sekali lagi melaraskan sekeping gambar dengan berpakaian terdedah dan seksi yang juga kelihatan seperti aktres Jean Harlow dengan barangan mewah di selitkan di kepala, mekap yang seksi dengan rambut pendek untuk penampilan yang mempersonakan.