Mungkin ada yang tidak percaya dengan perkara seperti ini dan mungkin ada juga yang pernah mengalami sendiri pengalaman dirasuk makhluk halus.
Semalam, OHBULAN! telah menerima panggilan dari seorang teman lama yang telah pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Bidasari.
Menurut teman lama ini, ketika teater Bidasari sudah berlangsung hampir satu jam, tiba-tiba sahaja Fathia kelihatan lain dari yang lain. Menurutnya, pada awal pementasan, pelakon berbakat ini sudah menunjukkan tanda-tanda lemah dan tidak bermaya.
Tunjang utama teater Bidasari
Selepas hampir satu jam persembahan berlangsung, kru produksi yang sedar dengan keadaan itu segera menarik Fathia keluar dari pentas dan ditukarkan dengan pelakon ganti sebelum pementasan dihentikan selama 15 minit untuk berehat.
Ketika dibelakang pentas, Fathia dikatakan menjerit-jerit sehingga menakutkan pelakon yang lain. Bagaimanapun, kekasih Aiman ini kembali ke atas pentas selepas pulih di waktu rehat.
Menurut sumber-sumber terapat lagi, sehari sebelum Bidasari dipersembahkan kepada orang ramai, kru pentas telah melihat Fathia sedang mengamuk diatas pentas pada jam 2 pagi. Namun, selepas diselidiki, rupanya Fathia sudah pun pulang kerumah selepas habis menjalani latihan.
Ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada kru dan juga pelakon teater yang lain. Apa pun, kita nantikan kenyataan dari Fathia sendiri selepas ini. OHBULAN! cuba menghubungi Fathia sebentar tadi, namun telefon bimbitnya telah dimatikan.
Bagi yang tidak tahu, Bidasari adalah pementasan teater berlatarbelakangkan zaman klasik dan dahulukala. Pelakon asal karya ini yang diadaptasi dari filem arahan Datuk Jamil Sulong ialah seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan Tan Sri Jins Shamsudin.