Wak Doyok bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan tanah air. Malah, fesyen yang dipakai selalu saja mencuri perhatian umum.
Namun, sudah menjadi adat seorang selebriti, tak semua orang suka dengan cara dan penampilan yang dipamerkan. Malah, Wak Doyok seringkali mendapat kritikan dek kerana fesyen yang dibawa.
Jika anda perasan, melalui laman sosial Instagram milik Wak Doyok, ada saja peminat yang seolah-olah mempermainkan fesyen yang diketengahkan selain memberikan komen negatif.
Bagaimanapun, Wak Doyok ketika ditemui di majlis pelancaran Hlive! berkata dia tidak kisah apa orang nak kata dan menafikan dakwaan bahawa sesetengah pihak yang menyifatkan fesyennya sebagai poyo.
Sebenarnya fesyen saya bukan poyo, ia ‘ye ye je’. Kalau orang yang tak tahu, dia cakap apa saja tetapi dia sebenarnya tak tahu apa yang dia nak. Fesyen saya simple, siapa pun sesuai sebab saya bukan berfesyen dengan barang-barang yang branded.
Saya pun street style dimana harganya RM200 kebawah yang boleh digayakan. Tak dinafikan, ada peminat spam dan ‘menganjing’ saya.
Bila dia buat macam itu, dia memperbodohkan diri sendiri. Saya malas nak komen dalam instagram. Kalau nak tau, mari bersemuka dengan saya, datang dalam talk saya, saya akan beri pendedahan dan jawab semuanya.
Malah, menurutnya, semua kata-kata negatif yang diterima tidak akan terus dibuang tetapi ia dijadikan motivasi buat dirinya.
Betul juga kata Wak Doyok, tak ada salahnya jika seseorang itu ingin berfesyen, asalkan elok dipandang dan tidak melampau. Pastinya ia akan menambahkan lagi ketampanan si pemakai.
Kalau nak tahu, Wak Doyok kini baru saja selesai penggambaran ‘Ke Penang Ke Langkawi Ke Kita’ dan tutorial fesyen di laman Youtube sebanyak 16 episod.
Wah! nampaknya rezeki Wak Doyok semakin bertambah, apapun kami doakan semoga Wak Doyok sukses selalu. Kepada peminat Wak Doyok, jom layan dulu foto terbaru jejaka ini.