Susulan daripada kes pertunangan secara senyap-senyap oleh pelakon terkenal Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu, akhirnya pelakon ini tampil kepada pihak media bagi menjelaskan segala-galanya.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”
Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.
“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”
Sumber : Harian Metro