Tersenyum kami tatkala melihat foto Aaisyah Dhia Rana yang super cute ni. Senyumannya persis Rozita Che Wan.
Amboii, nampaknya Che Ta dah ada klon ni.
Kalau nak tahu, Aaisyah dah pandai melaram tau sekarang. Siap pakai hair band lagi. Maklumlah, Aaisyah kan dah botak kerana dicukur oleh pakciknya.
Kecil-kecil dah pandai buat memek muka. Ish, geram nau kami dibuatnya. Rasa nak gigit-gigit pipi Aaisyah yang gebu gebas ni. Hehe.
Kami yakin, mesti ramai yang dah beratur nak jadikan Aaisyah ni model iklan barangan bayi kan? Untunglah!