Setelah percintaan antara Anne Ngasri dan Aliff Azizi kecundang pada September lalu, sebuah berita yang amat memeranjatkan OHBULAN! semalam, apabila Anne Ngasri dikatakan telah bertunang dengan seorang ahli politik berstatus duda yang dikenali sebagai Mohd Sumali Reduan yang ketika ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.
Menurut laporan Berita Harian, Anne sendiri akui pertunangannya hanya melibatkan ahli keluarga terdekat dan seluruh ahli keluarga merestui hubungannya bersama ahli potitik tersebut.
“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang.”
“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah.”
“Dia betul-betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama.”
“Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar Anne mengenai majlis pertunangannya.
Majlis ini telah diadakan di kediaman keluarga Anne Ngasri sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Berikut merupakan beberapa foto pertunangan Anne Ngasri bersama pasangannya Mohd Sumali Reduan yang diambil daripada beberapa sumber.