Dua minggu lalu pelakon dan model jelita, Erra Fazira dilihat telah berkongsi beberapa foto comel anak tunggalnya, Aleesya pergi ke kelas mengaji dan melalui perkongsian foto tersebut, Aleesya kelihatan sangat comel apabila lengkap berbaju kurung serta bertudung.
Menurut pengacara rancangan Primadona itu, foto tersebut diambil pada hari pertama Aleesya memasuki kelas mengaji dan menerusi caption yang dikongsikan, Erra berharap agar suatu hari nanti puteri tunggalnya itu akan menjadi seorang anak yang solehah.
Wah, pandai Erra mendidik anaknya kan? Meskipun sibuk mencari rezeki dalam dunia hiburan, akan tetapi pendidikan agama untuk anak tersayang masih tidak dilupakan.
Selain Aleesya, nampaknya Erra turut menyertai kelas mengaji yang telah dihadirinya sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan tempat mengajinya itu terletak di Rasta, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, jika diteliti di setiap laman sosial Erra, nampaknya sebelum mengahantar Aleesya ke kelas mengaji, pelakon tersebut telah melatih puteri comelnya itu menghafal setiap huruf-huruf alif baa taa terlebih dahulu dan menerusi sebuah video yang dikongsikan, Aleesya kelihatan begitu fasih menghafal setiap huruf tersebut walaupun sebutannya agak pelat.
Apa pun, jom lihat beberapa foto serta video comel Aleesya dan Erra selepas ini.
Kredit Foto : Instagram Erra Fazira