Dari seorang pelakon, kini Faezah Elai cuba menceburi bidang perniagaan apabila dia baru saja melancarkan sebuah kafe, ‘F. Elai’s Teh Tarik’.
Mungkin sudah ramai yang tidak sabar untuk mencuba apa yang istimewa di kafe Faezah Elai kan? Melalui papan tanda kedainya, dapat dilihat menu khas kafe Faezah Elai ialah daripada capati dan juga teh tarik.
Menerusi akaun Twitter, kafe Faezah terletak di Sungai Besi dan telah mula beroperasi sekitar 10 Januari lepas.
Jadi, pada anda yang inginkan kelainan, mungkin boleh mencuba di kafe ‘F. Elai’s Teh Tarik’ dan jangan lupa beritahu kami testimoni anda ya!