Bagi anda yang tidak tahu, majalah ‘August’ bukanlah majalah sempena bulan Ogos yang akan datang ini, tapi ia adalah sebuah majalah mengenai lelaki yang mensasarkan golongan pembaca lelaki profesional.
Namun, bukan itu yang mahu OHBULAN! ketengahkan. Terbaru dari majalah ini untuk edisi Ogos 2012, Remy Ishak telah dipilih sebagai wajah untuk menghiasi muka depan majalah yang mula dilancarkan semenjak bulan September 2008 ini. Menarik bukan melihat foto-foto Remy yang kelihatan bergaya ini?
Tidak banyak yang dapat OHBULAN! ulaskan, tetapi Remy Ishak sebenarnya mempunyai daya tarikannya yang unik. Setuju tak?
Sumber : August Magazine Facebook