Ini merupakan tahun pertama pelakon dan model terkenal, Fouziah Gous menyambut bulan Ramadhan bersama tunang tercinta, Md Zhafran Md Yusof.
Menerusi laman Twitter milik pelakon jelita ini, Fouziah telah melahirkan rasa bersyukurnya kerana pertama kali berpeluang menunaikan solat tarawih serta mengaji bersama tunang tercinta dan dalam masa yang sama, dia turut menerima sepasang telekung indah hadiah pemberian daripada bakal ibu mertuanya, Normah Ali.
Syukur alhamdulilah dapat tunaikan terawih yg pertama bersama en tunang dan terima kasih mengajar mengaji @zhafyusof. I’m so lucky to hav u. Alhamdulilah.
Alhamdulilah hari ni solat dengan telekong baru yg sangat cantik from mama (#bakalmakmertua) sempena bulan ramadhan n thanks my mr tunang @zhafyusof for d lovely n colourful daisies. ???
Fouziah memakai telekung pemberian bakal ibu mertuanya
Meskipun Fouziah bersyukur dan teruja kerana pertama kali berpeluang menyambut Ramadhan bersama tunang dan bakal ibu mertua, akan tetapi pelakon ini tetap melahirkan rasa sedih apabila terkenangkan pemergian arwah bapa tercinta sekitar bulan Ogos tahun lalu.
Terima kasih my #tweethearts atas semua ucapan ramadhan. Semoga ramadhan ini menjadi yg lebih baik buat kita semua. Maafkan sy kalau ada salah dan silap. Selamat berpuasa.
Remind me of arwah dad. Last year 11 Ogos bulan ramdhan dia meninggal kan kami sekeluarga. Semoga dia aman disana. Al-fatihah. Amin.
Untuk makluman, Fouziah dan Zhafran telah mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur. Pasangan ini difahamkan akan melangsungkan pernikahan mereka pada September depan.
Artikel Berkaitan :
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! lampirkan juga beberapa foto sopan dan ayu Fouziah Gous berhijab untuk tatapan anda semua.
Kredit Foto : Instagram Fouziah Gous