Dewasa ini terdapat pelbagai gaya hijab yang ditonjolkan oleh penggemar fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa, individu yang berhijab juga mampu bergaya dan ia tidak menjadi penghalang untuk mereka turut tampil sopan dan anggun sepanjang hari.
Menerusi sebuah blog hijab, Scarf Sweet Honey, blog ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis hijab, malah ia turut menyelitkan beberapa tutorial pemakaian hijab yang cantik dan sopan untuk semua pelanggannya.
Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi salah satu gaya hijab yang menarik untuk para wanita. Gaya ini sangat sesuai untuk individu yang ingin tonjolkan kelainan dalam penampilan harian dan ingin tampil segar dengan gaya yang baru. Untuk aplikasikan gaya hijab ini, pertama sekali, anda harus memiliki selendang yang berukuran panjang seperti selendang.
Sebagai langkah pertama, anda hendaklah kemaskan fabrik hijab tersebut diatas kepala dan bawakan ia dibahagian sisi sebelah kanan. Seterusnya, pegang hujung tepi selendang dan bawakan ia ke bahagian hadapan sehingga menutupi dada. Kemaskan selendang tersebut di bahagian belakang dan sematkan ia di atas bahu sebelah kanan.
Untuk hasil yang lebih cantik dan menarik, kemaskan bahagian tepi selendang sebelah kiri dan kanan agar ia tidak mudah bergerak. Selamat mencuba!
Tips Penjagaan Rambut Sunsilk
Selalu gunakan syampu yang dicipta khusus dengan ramuan aktif untuk cucian mendalam, menanggalkan mendapan minyak agar kulit kepala bersih dan sihat. Hasilnya – kesegaran berpanjangan tanpa kegatalan.
Tahniah! kepada empat pemenang bertuah Sunsilk Clean & Fresh. Senarai nama pemenang telah diumumkan pada 4 September yang lalu. Ingin melihat foto pemenang-pemenang ini? Jom layari laman rasmi Facebook Sunsilk.