Melalui laporan Berita Harian, Nik Omar mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru. Adiknya, Nik Abduh memberitahu itu adalah keputusan yang telah dibuat keluarga.
Nik Omar dengan nada sedih redha dan berkata inilah harga yang perlu ditanggungnya.
Keputusan keluarga
Menurut Nik Omar, menerusi pembahagian tugas adik beradik secara tidak rasmi, beliau bertanggungjawab memberi kuliah Maghrib setiap malam Rabu & Khamis. Manakala, kuliah selepas subuh pula disampaikan pada Jumaat. Namun pagi tadi, adiknya, Nik Abduh terus naik menjadi imam.
Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?
Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.
(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang.
‘Ini harga yang terpaksa ambo tanggung’
Menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Nik Omar memaklumkan perkara tersebut dan memohon maaf kepada hadirin yang terganggu. Dia juga memberitahu ‘letih’ dan mahu berehat seketika.
Sumber : Berita Harian , Ustaz Nik Omar