Sudah sampai masa, baguslah kalau begitu. Buat apa dipanjangkan perkara yang sudah lama berlaku? Yang paling penting, sudah bertahun isu ini dilupakan, tiba-tiba entah dari mana datangnya, habis semua diporak-perandakan.
Terbaru, OHBULAN! telah mendapat info semalam bahawa Persatuan Seniman akan mengadakan sidang media khas diantara Neelofa dan Anzalna di Hotel Royal Bintang, Damansara. Sidang media khas ini bakal diadakan pada jam 1 petang ini demi menyelesaikan segala isu yang menyebabkan dunia hiburan kecoh sebentar dengan ‘perkelahian’ antara 2 artis jelita.
Dikhabarkan, Anzalna bakal meminta maaf kepada Neelofa atas kesilapan yang tidak disengajakannya. Baguslah begitu, masing-masing bersikap profesional. Dalam kenyataan Anzalna kepada mStar Online pula, dia memberitahu bahawa lebih mudah jika kes ini diselesaikan secepat mungkin.
“Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini. Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan.” – Anzalna dipetik dari mStar Online.
Maka, selepas ini, ‘sejuk’ lah kembali. Jangan pula disebut-sebut kembali barang yang lepas. Sendu sangat pula jadinya.