Beberapa hari lepas, Diana Danielle telah berkongsi luahan perasaannya di Instagram yang berbaur cemburu kerana Nora Danish memuat naik foto memegang tangan Farid Kamil.
Tak berapa lama kemudian, kemaskini Diana telah dipadam begitu juga dengan Nora. Mungkin tak mahu memanjangkan isu.
Artikel berkaitan:
Tetapi malangnya, tindakan Diana itu menyebabkan ramai pihak menuduhnya masih belum matang dan kurang profesional dalam memahami asam garam dunia lakonan.
Insiden pegang tangan ini berlaku sewaktu tayangan filem Pengantin Malam
Apapun sebagai seorang suami, Farid akui perkara itu tak sepatutnya terjadi dan dalam masa yang sama meminta masyarakat untuk memaafkan Diana.
Saya harap kita dapat maafkan Diana kerana membuat tindakan sebegitu rupa. Saya memaafkan dia. Benda tu tak sepatutnya berlaku.
Farid turut memberitahu dia terkejut dengan tindakan isterinya dan tak menolak kemungkinan wujud sifat cemburu dalam diri Diana selepas melihat gambar berkenaan.
Saya rasa seharusnya setiap wanita mempunyai sedikit perasaan cemburu di dalam hati mereka. Tapi dalam isu ni, maafkan Diana.
Sementara itu, Metrowealth Pictures selaku penerbit filem turut membantu menguruskan hal ini memandangkan foto tersebut telah dikongsikan semula oleh Nora dari akaun Instagram MiG Online.
Pihak pengurusan saya dah menguruskan isu ini dan menjelaskan situasi ini sebaik mungkin.
Farid juga tak menafikan bahawa isu ini terjadi bagi mempromosikan filem Pengantin Malam yang dilakonkan olehnya dan Nora Danish.
Sebenarnya itu yang saya nampak. Saya nampak ia seolah-olah seperti satu permainan promosi untuk lariskan filem Pengantin Malam.
Tapi paling penting, Farid menganggap apa yang terjadi sebagai satu salah faham dan langsung tidak menggugat kerjaya lakonannya.
Ini adalah isu biasa dan hanyalah salah faham kecil yang membabitkan peribadi saya. Tidak memberi impak kepada kerjaya saya sebagai pelakon.
Ditanya pula apakah kecemburuan Diana akan memberi kesan kepada pelakon wanita lain yang bakal digandingkan dengannya kelak, ini komen Farid:
Saya rasa itu tak menjadi masalah kerana selama 12 tahun saya berada di dalam industri ini, itu sebahagian daripada tugasan-tugasan saya. Biasalah perkara macam tu membabitkan perasaan seseorang wanita.
Mungkin ramai yang mengagak Diana dan Nora kini bermasam muka gara-gara insiden itu. Tapi Farid yang ditemui pada majlis pelancaran Muzik Video & Lagu Tema Filem Lagenda Budak Setan 3 semalam menegaskan hubungan mereka tidak bermasalah.