Kecoh sekitar hujung tahun lalu apabila pelakon kacak, Adi Putra dikatakan saling bertukar foto dan mesej berunsur lucah dengan seorang wanita bernama Noraida.
Namun, selepas siasatan lanjut dilakukan, kes tersebut diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh pihak polis dan wanita itu juga telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Amiruddin Othman.
Bagaimanapun, baru-baru ini Amiruddin telah memuat naik sekeping foto separa bogel Adi Putra di laman Instagramnya yang mana secara tidak langsung dilihat seperti mahu membangkitkan semula kes tersebut.
Adi Putra tidak mahu hirau isu foto separa bogel yang dimuat naik oleh bekas suami Noraida
Adi Putra yang ditemubual di sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah itu berkata bahawa dirinya terlalu kerdil untuk memarahi tindakan lelaki tersebut.
“Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali kemana amarah itu pergi. Saya tak nak komen. Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar.”
Adi Putra turut memberitahu bahawa di tidak akan membuat tindakan saman dan sekaligus tidak mahu menghiraukan perkara tersebut.
“Saya tak hirau apa orang cakap. Janji jangan berkenaan isteri saya, jangan ibu saya, jangan Allah S.W.T. Bagi saya bila orang salahkan saya, takpelah. Saya teruskan perjuangan sebagai manusia. Tanggungjawab dan ibadah saya masih ada lagi.
Saya sebenarnya tak baca pun, saya berada di Mekah masa itu bawa jemaah. Bila saya tahu, saya tak rasa apa-apa. Bagi saya jemaah lagi penting.”
Antara barisan pelakon yang bakal menjayakan teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’
Adi Putra turut menafikan bahawa isu ini bakal menjejaskan penjualan tiket dan tidak sesekali akan menarik diri daripada teater tersebut.
“Saya sampai Kaabah nanti akan berdoa biar penuh panggung. Kita telah diajar untuk meminta, kenapa tak nak minta? Saya tak akan tarik diri, saya kena kerja untuk anak dan isteri saya.”
Dalam pada itu, Adi Putra turut menceritakan bahawa teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ ini tidak memerlukan kekuatan fizikal, sebaliknya kekuatan dalaman untuk menyampaikan mesej cerita tu sendiri.
Teater yang diadaptasi novel karya Allahyarham Prof. Hamka ini bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 9 hingga 18 Mei depan. Antara barisan pelakon lain yang bakal menjayakan teater ini ialah Nasha Aziz, Fizo Omar, Dafi, Efira Loy dan ramai lagi.