Itulah kata-kata aktor kacak yang popular dengan watak Jebat menerusi drama popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) sebelum mengakhiri temubual bersama kami semalam.
Artikel Berkaitan: Dipanggil Anjing Kurap, Sharnaaz Mahu Lisdawati & Fauzi Minta Maaf
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan telah menyerang Lisdawati, di lokasi penggambaran drama BKATC dan situasi ini bertambah tegang apabila Fauzi Nawawi mengirim SMS kepada pelakon tersebut bagi mendapatkan penjelasan.
Perbalahan tersebut berlarutan apabila Sharnaaz mengeluarkan kenyataan balas meminta Fauzi dan Lisdawati tampil memohon maaf kepada ibunya.
Terbaru, dalam sebuah akhbar online, Fauzi Nawawi menyatakan dia enggan meminta maaf kepada Sharnaaz kerana beranggapan permintaan Sharnaaz itu mengarut.
Namun, ketika dihubungi, Sharnaaz berkata dia akan tetap meneruskan saman terhadap pasangan itu dan sudah tidak sabar untuk bertemu di muka pengadilan.
“Tak apa lah kalau dia (Fauzi) tak nak minta maaf, kita jumpa di mahkamah. Saman tetap saman. Saya harap selepas ini dia diam, saya pun dah tak sabar nak beli baju baru masuk mahkamah.
“Kita tengok nanti apa yang dia nak tegakkan, kalau bagi dia perkataan itu tak kurang ajar tak apalah. Saya cuma nak fight untuk keluarga saya.”
Ditanya adakah dia yakin akan menang, Sharnaaz berkata dia berserah kepada ketentuan Tuhan dan kebenaran pasti akan terbukti nanti.
Kalau nak tahu, sebelum ini Sharnaaz sudah menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan mengaku menengking aktres yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi secara tidak sengaja.
Semalam, Sharnaaz telah memohon maaf kepada pasangan itu namun dia bertegas mahu pasangan itu meminta maaf kepada ibunya secara peribadi atau berdepan saman maksima.