Petang semalam kami terlihat foto Izreen Azminda dan anaknya yang dikongsikan oleh aktres tersebut di laman Instagram miliknya berserta kapsyen “Im blessed to have him in my life.. “The Only Man” that matter to me now and forever.. i couldnt ask for more”.
Ayat tersebut secara tak langsung menimbulkan pelbagai andaian termasuklah ada yang menyangka rumahtangga pelakon jelita ini sedang bergolak.
Bagaimanapun segalanya masih kabur hinggalah hari ini akhbar Berita Harian melaporkan Izreen telah diceraikan suaminya, Riza Baharudin di lokasi penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.
Difahamkan, Izreen yang pada ketika itu sedang menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan telah bertengkar dengan Riza sambil disaksikan oleh beberapa kru dan pelakon lain.
Menurut Izreen, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anak tunggal mereka.
Ya kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya harap ia tidak perlu diperbesarkan.
Ini mungkin sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup perlu diteruskan dan paling utama ialah, saya ada anak untuk dibesarkan.
Sekadar mengimbas kembali, Izreen dan Riza mendirikan rumahtangga pada 30 Ogos 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.
Kredit foto: Instagram Izreen Azminda