Haaa, kami rasa memang kami tak boleh move on la dengan kes Datuk Ramli MS dengan Alyah ni. Hehe. Bukan apa, ada saje update terbaru. Jadi, kenalah share sikit kat korang kan?
Kalau korang nak tahu, petang tadi Ramli MS hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tau! Menurut sumber kami, sepatutnya Ramli datang pagi, tapi dah petang baru nampak kelibatnya.
Dek kerana kes ini, pihak JAIS pun ada mengeluarkan kenyataan rasmi, nak tau tak apa? Haa, kenalah baca dulu. Mudah saja langkahnya. Hehehe.
Melalui pemahaman kami mengenai siaran akhbar yang diberi oleh pihak JAIS, nampaknya mereka berpuas hati dengan dokumen yang diserahkan oleh pihak Ramli MS.
Antara dokumen yang diberi termasuk pasport perjalanan Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasilah Binti Abu Hassan dan pasport perjalanan milik Ramli MS beserta buku nikah pasangan suami dan isteri.
Namun, bagi melengkapkan siasatan, JAIS memohon Ramli MS untuk memberikan bukti sokongan iaitu pengesahan dari Kedutaan Indonesia.
Eh eh nanti dulu, pada siapa yang masih lagi tertanya-tanya tarikh pernikahan pasangan ini, JAIS memberitahu mereka telahpun bernikah pada 18 Mac 2013.
Haaa, terjawab sudah. Rumit juga nak uruskan pernikahan yang dibuat di negara lain kan? Apapun, janganlah kita semua melemparkan kata-kata negatif lagi, doakan pasangan ini bahagia kan lebih baik. Tak gitu?
Bila difikirkan balik, tajuk-tajuk lagu Alyah macam kena je dengan situasi sekarang. ‘Kisah Hati’ dah terjawab, kami yakin Ramli MS adalah yang terindah dalam hidup Alyah. Sesuai dengan lagu ‘Kau Yang Terindah’.
Kredit Foto : Instagran Alyah