Lagi-lagi kontroversi Nora Danish. Kali ini bukan nak cerita mengenai isu Nora dan Diana Danielle, tetapi nak beritahu bahawa Fasha Sandha bukan punca Nora bercerai dengan bekas suaminya iaitu Jejai.
Rasanya semua dah tahu mengenai khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ini mengenai Fasha dan Nora kan? Semuanya terjadi apabila ada peminat yang mula membuat comparison mengenai dua wanita ini.
Mungkin tak mahu membiarkan Fasha menanggung pelbagai tohmahan, Jejai tampil membuat penjelasan. Iyalah, siapa tak sayang bini oii.
Kalau korang nak tahu, menurut Jejai, Fasha bukanlah punca dia bercerai dengan Nora Danish dan Jejai turut mengakui semuanya adalah berpunca dari dirinya sendiri.
Jejai turut menerangkan Fasha menerima dia seadanya ketika itu dan kasih sayang Jejai terhadap anak-anak pula tak perlu dipertikaikan kerana dia menyayangi semua cahaya matanya.
Jejai turut meminta semua pihak yang masih mengungkit perkara ini berhenti dari melemparkan fitnah dan berhenti mengaibkan kedua-dua wanita tersebut.
Haa, begitulah penjelasan Jejai. Apapun, kami harap peminat tak lagi memperbesarkan isu ini kerana baik Fasha mahupun Nora, kedua-duanya sudah move on.