Sejak penghujung Mei yang lalu, Johan As’ari mengakui telah bertemu seseorang yang istimewa sebagai pengganti Nabila Huda.
Menurut Johan, dia tertarik dengan keperibadian gadis itu kerana sering mengingatkannya untuk menunaikan solat di samping sangat mengambil berat tentang dirinya.
Bagaimanapun, hubungan ini agak berbeza dengan pasangan bercinta yang lain kerana Johan mengakui tidak pernah melabelkan diri mereka sebagai kekasih namun keduanya tahu perasaan masing-masing.
Sebenarnya saya masih lagi ‘single’ kerana kami tak pernah ‘declare’ hubungan kami tetapi jodoh itu rahsia Allah. Ini tak bermakna saya seorang kaki perempuan. Dia tak sama dengan kawan-kawan perempuan saya yang lain. Jika dia adalah pilihan yang tepat, maka saya akan membuktikan rasa cinta saya mengikut adat.
Namun dalam masa yang sama, Johan menyimpan hasrat untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Disember tahun ini sebelum berangkat ke Dubai untuk menjalani penggambaran drama RTM.
Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum ke Dubai pada Disember ini, namun kami masih mengenali hati budi masing-masing. Seandainya ada jodoh saya dengan dia, maka kami akan bertunang.
Meskipun kerap ditanya mengenai identiti gadis istimewa itu, Johan masih tetap dengan pendirian untuk merahsiakannya buat masa ini. Johan menganggap kisah cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berbicara soal cinta.
Buat peminat Johan, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto terbarunya yang sempat dirakam sewaktu hadir ke majlis Anugerah Syawal TV3 yang berlangsung semalam.