Sebelum ini, umum tahu tentang keakraban pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah.
Namun setelah Johan meluahkan hasrat untuk memperisterikan Lana Nordin baru-baru ini, Shila dilihat sering meluahkan perasaannya melalui laman sosial.
Melihat setiap kenyataan yang ditulis, bukan setakat media, para peminat turut merasakan kesedihan yang Shila alami. Malah, kenyataannya itu dipercayai ditujukan kepada Johan As’ari.
Johan dikatakan sedang bercinta dengan Lana
Susulan spekulasi itu, Johan bertindak membuka mulut untuk membersihkan namanya daripada kenyataan Shila yang dipercayai ditujukan kepadanya, dimana Johan memberitahu bahawa Shila masih belum matang.
Sebenarnya, Shila masih melalui fasa kematangan. Mungkin sebab sejarah yang pernah dilaluinya. Tapi tak apa, saya faham.
Kalau dia cakap dia berasa tertipu, tak apalah. Saya belajar untuk memaafkan orang. Saya maafkan dia. Dia sahabat saya, sayang saya pada dia akan sama sampai bila-bila.
Shila Amzah pernah dikecewakan sebelum ini
Ketika ditemubual sewaktu di majlis Anugerah Skrin 2013 Sabtu lalu, Johan menegaskan bahawa dia tidak pernah bercinta dengan penyanyi itu. Malah, keakrabannya dengan Shila serta digosipkan bercinta hanyalah satu salah faham.
Johan turut menyatakan bahawa Shila telah menyekat semua laman sosialnya daripada dilihat oleh Johan.
Saya tidak pernah bercinta dengan Shila Amzah. Statement mana yang mengatakan saya dengan dia bercinta?
Last contact masa ibu call, lepas tu dia dah buang saya dengan cara block saya dari semua laman sosial seperti Instagram.
Apa-apa pun, semoga keadaan menjadi lebih jernih selepas ini.