Korang perasan tak, kalau sebut nama Julia Ziegler je, mesti mengenai kontroversi. Belum habis insiden Julia didakwa mabuk ketika berada di luar negara, timbul pula cerita kononnya dia ‘menjual badan’ kepada produser.
Artikel Berkaitan: Apa Respon Julia Ziegler Bila Sekali Lagi Dituduh ‘Jual Badan’ Pada Produser?
Sekarang, tup tup keluar cerita yang mengatakan aktres berumur 30 tahun ini ‘meroyan’ di laman Instagram miliknya. Dengar cerita hingga ada pihak yang nak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Eh, kes berat ni!
Melalui kiriman emel yang diberikan kepada kami, nampaknya Julia bengang betul dengan seseorang hingga terkeluar kata-kata yang kurang sopan.
Apa yang membuatkan kami bertambah pelik, si pengirim emel berkenaan turut menulis tajuk ‘Julia Ziegler mengamuk di IG putus cinta’, hmmm.
Kalau korang nak tahu, Julia turut memuat naik foto jejaka berkenaan dan memberikan kapsyen seperti sedang berang dengan sesuatu, namun foto tersebut dipercayai telah dipadam. Menariknya, ada pula yang membalas semua komen-komen yang ditulis Julia.
Malah, siap ada yang mempertikaikan tindakan Julia dan memberitahu bakal mengenakan tindakan saman keatas fitnah yang dilemparkan itu. Haihh, tak pasal-pasal je masuk mahkamah nok!
Namun, apa sebenarnya yang berlaku, hanya Julia saja yang tahu. Kalau tengok betul-betul, akaun Julia macam kena hack pun ada. Apapun, kita tunggu sajalah penjelasan Julia nanti ya?
Kredit Foto: Instagram Julia Ziegler